Kekuatan Kanak-Kanak Perempuan Di Britain

Charley Craig, kanak-kanak perempuan yang masih bersekolah, namun disebalik tubuhnya yang kecil molek itu, beliau sudah mampu mengangkat beban yang hampir sama dengan berat badannya.



Dengan itu, Charley Craig telah diiktiraf sebagai kanak-kanak perempuan terkuat di Britain. Charley Craig mempunyai ketinggian 140cm dan berat lebih kurang 30kg sahaja.
Charley, berasal dari Glasgow dan berusia 11 tahun berlatih mengangkat berat selama lebih 12 jam seminggu dan bercita-cita untuk memenangi Sukan Remaja Komanwel 2011 yang akan berlangsung pada september ini.



kanak-kanak ini dilatih oleh abangnya sendiri, Daniel Craig, yang berusia 20 tahun da juga seorang atlit angkat berat. Menurut Daniel, beliau amat berbangga dengan pencapaian Charley yang amat luar biasa jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.



Amanda Black, 37, ibu kepada kanak-kanak ini akan membawa beliau berlatih di gym setiap hari dan juga menjaga pemakanan kanak-kanak ini agar mendapat khasiat dan tenaga yang mencukupi. “Dia sama seperti kanak-kanak yang lain, menghiasi dinding bilik tidurnya dengan warna pink, memakai mekap dan membaca majalah fesyen. Namun apabila dia di gym, dia adalah atlit yang sangat serius dan berbakat,” Amanda Black.