Kepala Manusia Di Pelepah Sawit

Seorang pekerja S Nandakumaran, 31, yang ingin mengait kelapa sawit terkejut apabila ternampak kepala manusia yang sudah reput terlekat pada pelepah pokok kelapa sawit itu.



Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, pekerja ladang kelapa sawit itu baru hendak memulakan tugas mengait buah kelapa sawit di ladang tersebut. Bila tiba di situ, dia mula terhidu bau busuk yang meloyakan, pada mulanya menyangka ia berpunca daripada bangkai binatang yang mati berhampiran kawasan berkenaan dan ketika berjalan ke arah pokok kelapa sawit untuk mengait buahnya, tiba-tiba saya terpandang satu objek bulat berwarna hitam terlekat pada pelepah kelapa sawit.

Saya kemudian menghampiri objek berkenaan dan amat terkejut apabila mendapati objek itu adalah kepala manusia yang hampir reput. Tredapat juga anggota badan manusia yang berselerak di sekitar Ladang tersebut. berdasarkan dokumen pengenalan yang ditemui pada mayat terbabit, mangsa dikenali sebagai A Benny Roy, 31, dan beralamat di Klang, Selangor.