Kopi Luwak Termahal Di Dunia

Korang suka minum kopi? Haaa.. ni aku nak cerita pasal kopi jugak. Tapi, ni bukan kopi biasa sebab Kopi Luwak adalah kopi yang diproses dari biji-biji kopi yang telah melalui sistem penghadaman Luwak (Musang) dan dikeluarkan semula (bekas taik musang la kiranya ni).



Kemasyhuran kopi ini telah terkenal sampai luar negeri. Bahkan di Amerika Syarikat, terdapat kafe atau kedai yang menjual Kopi Luwak (Civet Coffee) dengan harga yang cukup mahal. Kopi yang dikais dari najis Musang ini boleh mencapai harga AS$100 (kira-kira RM332) per 450 gram. Eiii... jangankan nak makan, dengar je pun dah geli geleman. Memangla kopi tapi dah lalu macam-macam tempat dah ni.. Iskkhhh..