Levi Semua Pekerja Asing Naik RM50

Bermula 1 September ini, kadar tambahan kepada levi untuk semua kategori pekerja asing dinaikkan sebanyak RM50.



Kenaikan itu adalah antara inisiatif cadangan Makmal Pengurusan Warga Asing dan ia juga dicapai selepas pertimbangan teliti termasuk mengambil kira kenaikan kali terakhirnya pada 2005.

kadar levi baru itu hanya sah untuk permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang tamat serta diluluskan pada atau selepas 1 September sama ada permohonan baharu mahupun untuk tujuan lanjutan.

"Bagaimanapun permohonan kali pertama untuk setiap pekerja asing yang dikemukakan kepada KDN sebelum 1 September ini akan kekal pada kadar lama.