Lionel Messi Pemain Terbaik Eropah 2010-2011

Pemain Barcelona, Lionel Messi dinamakan sebagai Pemain Terbaik Eropah musim 2010-2011 mengalahkan dua calon lain iaitu pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya Xavi Hernandez.



Messi melahirkan rasa terima kasihnya kepada rakan-rakan di Barcelona. Beliau menewaskan dua rakan sepasukan, Iniesta dan Xavi. Walaupun kurang menyerlah pada permainan pusiangan akhir di Piala Dunia Afrika 2010 ianya tetap tidak menghalang daripada Messi merangkul anugerah tertinggi kepada pemain itu. Jaringan 58 gol dan permainan menariknya di Barcelona banyak mempengaruhi anugerah tersebut. Pemain berusia 23 tahun itu menjadi tonggak bersama-sama rangkaian pemain tengah terbaik pernah disaksikan Xavi dan Iniesta untuk membantu Barcelona mengekalkan juara La Liga musim 2009/2010.

Xavi dan Iniesta banyak mempengaruhi corak permainan Barcelona dan merupakn nadi kemenangan Sepanyol merangkul Piala Dunia 2010. Namun kecermelangan itu gagal membawa mereka merangkul anugerah Ballon D’Or yang ditenggelami keajaiban Messi bersama Barcelona. Iniesta juga banyak menghabiskan masa sepanjang 2010 dengan kecederaan.

“ Messi pemain yang unik dan tiada pemain lain setanding dengannya”. Andres Iniesta membuat kenyataan dengan hati terbuka setelah tewas tipis kepada pemain kelahiran Argentina itu. Tiada siapa seumpamanya tambah beliau lagi.

Messi juga dikhabarkan mendapat kerakyatan Sepanyol dan membolehkan beliau bermain untuk kejuaraan Eropah bersama juara dunia itu.

Antara pemain Barcelona yang pernah meraih gelaran pemain terbaik Fifa ialah Hristo Stoichkov, Romario Rivaldo, Ronaldo dan Ronaldinho.