Mati Akibat Masuk Belut Dalam Dubur

Seorang lelaki berusia 59 dari China telah di bawa ke Hospital Sinchuan setelah mengadu sakit di bahagian perut, dehidrasi, dan mengalami pendarahan serius di bahagian dubur.



Si mangsa juga adalah seorang chef pengsan kerana terlalu mabuk. Malangnya, rakan-rakannya yang pendek akal dan kejam telah memasukkan seekor belut ke dalam duburnya.

Menurut doktor, walaupun ketika dikeluarkan belut itu sudah mati, namun belut sepanjang 20 inci yang “bersarang” di rektum mangsa telah menghuru-harakan dan merosakkan usus dan organ yang berkaitan.

Selepas 10 hari menerima rawatan di unit rawatan rapi, lelaki malang ini meninggal dunia disebabkan pendarahan dan jangkitan kuman yang serius.