Mayat kanak-Kanak Dikerat 15

Seorang wanita dan seorang kanak-kanak warga asing dibunuh dengan kejam dan dikerat-kerat untuk menyembunyikan mayat mereka.



kes pembunuhan seorang wanita dan kanak-kanak warga asing yang mayat mereka dikerat 15 bahagian sebelum disumbat dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Blok Chrysa, Apartmen Astria, Taman Kosas mendapat petunjuk baharu apabila polis menemui alat yang digunakan untuk membunuh mangsa.

Alat tersebut ditemui di dalam sebuah rumah yang dihuni lapan lelaki Bangladesh di sebuah rumah di tingkat lima perumahan tersebut. Bagaimanapun, pihak polis enggan mendedahkan jenis alat yang ditemui itu.

Tujuh lelaki ditahan serentak di kawasan perumahan tersebut manakala seorang lagi ditangkap di sebuah hotel pada hari sama.

Sebahagian daripada mereka bekerja sebagai tukang cuci bangunan itu manakala salah seorang merupakan pekerja sebuah hotel.