Mercun Punya Hal

Setiap tahun di bulan Ramadan, rakyat malaysia tidak pernah sunyi dengan berita-berita kecederaan akibat bermain mercun.



Kecederaan yang dialami bukanlah kecederaan ringan malah banyak diantaranya menyebabkab kecatatan seumur hidup dan ada juga yang sampai menemui ajal. Lebih malang lagi ia melibatkan kanak-kanak yang masih bersekolah yang sepatutnya menjalani kehidupan yang lebih baik tetapi terpaksa berdepan dengan kecatatan seumur hidup yang menyedihkan.

Semalam sahaja dua lagi kanak-kanak menjadi mangsa akibat bermain mercun iaitu Satu dari Kedah Dan satu lagi Kelantan . Kedua dua kejadian semalam hampir-hampir menyebabkan meraka menemui ajal dan menyebabkan kecatatan. Aktiviti bermain mercun bola,telur botol dan sebagainya ini sangatlah merbahaya kerana mercun tersebut mempunyai letupan yang kuat serta mempunyai serpihan palastik yang keras, tidak seperti mercun dahulu yang dibalut dengan kertas menjadikan ianya kurang merbahaya.



Kenapa mercun seperti ini dicipta sebagai alat maianan untuk perayaan..? ini menimbul persoalan kerana jika ianya untuk tujuan bermain adalah tidak sesuai sama-sekali. Oleh itu pihak berkuasa haruslah memainkan peranan yang penting dan harus bergerak aktif mengesan aktiviti penjualan mercun sacara terbuaka dikedai mahupun pun orang persendirian.


Bukan sekadar itu sahaja, pihak berkuasa juga harus mampu mengesan kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti ini untuk mencari sumber mercun yang diperolehi. Ibu bapa sama sekali tidak dapat menghalang gejala ini sepenuhnya. kerana akak-anak yang bermain diluar adalah diluar kawalan. Sekadar nasihat malah ugutan sekalipun pada anak-anak ini tidak mampu mengengkang gejala ini selagi ada penjualnya.



Apapun pihak ibu bapa tidak seharusnya lepas tangan sama-sekali kerana jika tiada wang saku masakan kanak kanak ini dapat membeli mercun. Jadi, ibu bapa juga harus mengawal keperluan duit yang harus diberikan kepada kanak-kanak ini. Jangan dibiar anak-anak ini bermain mercun walaupun sekadar mercun 'pop pop' kerana inilah permulaanya.

Bersamalah kita membantu pihak berkuasa membantras aktiviti penjualan mercun ini. Laporkan pada pihak berkuasa jika ada aktiviti penjualan mercun ditempat anda. Jangan tunggu sehinga anak anda sendiri yang menjadi mangsa seterusnya...

Pesanan ihklas Dari MTB.