Mr. Bean Kemalangan Ditimpa Kemalangan

Mr. Bean atau nama sebenar beliau Rowan Atkinson telah terlibat dalam satu kemalangan pada malam Khamis baru-baru ini di Lebuhraya A605 berdekatan Haddon, Cambridgeshire, England lebih kurang jam 7.30 petang. Beliau terlibat dalam satu kemalangan kereta, tetapi bukan kereta Mini kuningnya itu.






Kereta yang dipandu beliau ketika kemalangan tersebut adalah sebuah McLaren F1 berwarna maroon miliknya yang telah dibeli setelah berjaya dalam filem “Mr. Bean The Movie”. Jurucakap beliau memaklumkan bahawa Mr. Bean kini telah dikeluarkan dari hospital dan tiada kecederaan serius dialaminya.

Berita mengatakan bahawa keretanya telah berpusing tiga kali sebelum melanggar sebuah tiang lampu. Nasib menyebelahinya kerana beliau dapat keluar dengan selamat dari kemalangan tersebut dengan bantuan orang di kawasan tersebut.

Beberapa minggu lepas, beliau telah mencatat rekod terpantas dalam rancangan Top Gear di samping berbangga dengan kereta McLaren miliknya. Beliau mengatakan bahawa sudah 14 tahun bersama McLaren tersebut, dan telah sebati dengan kereta itu.

Kenderaan tersebut bakal dihantar ke pusat baikpulih McLaren dimana sebelum ini beliau juga telah mengalami kemalangan yang kecil dengan kereta tersebut. Rowan Atkinson bukan sahaja popular dengan lawaknya, tetapi juga melakonkan watak serius seperti Johnny English.



Di samping itu, Johnny English Reborn bakal muncul bulan hadapan (trailer) dengan kereta yang bakal dipandunya iaitu Rolls Royce 9 liter v-16 (katanya dalam rancangan Top Gear).

Bagi anda yang menganggap Rowan Atkinson ini hanya sebagai seorang pelawak, beliau sebenarnya adalah peminat besar automotif. Ini dibuktikan dengan pemilikan keretanya yang dibarisi Ford Falcon, Aston Martin V8 Zagato, Audi A8 dan Honda Civic Hybrid.