Oksitosin Hormon Kasih Sayang.

oksitosin (oxytocin) ialah hormon yang dikeluarkan oleh supraoptik nuclei di hypothalamus pada otak kita. Jumlah yang dikeluarkan ialah 2 IU (international unit) setiap hari.




Ibu yang menyusu anak dan bersalin boleh mencecah menghasilkan sehingga 5 dan 10 IU. Oleh itu rata-rata ibu hamil dan menyusu anak bersikap lebih penyayang dan mesra.

Tugas oksitosin

- Meningkatkan keupayaan bersosial, ikatan kasih sayang dan kemesraan antara manusia. Menjadikan seseorang mudah didampingi. Para saintis mendapati dalam kes rawatan autisme dan schizophrenia di mana pesakit menjauhkan diri dari orang lain dan hanya menyendiri maka memberi oksitosin adalah baik kerana ia meningkatkan daya bersosial.

- Meningkatkan mood yang baik, menjadikan seseorang mudah tersenyum bila bertemu orang lain.

- Mengurangkan rasa takut dan debaran bila bertemu orang lain.

- Membuka diameter salur darah memberikan lebih oksigen kepada tisu-tisu.

- Meningkatkan daya seks dan kasih sayang di kalangan pasangan.

- Meningkatkan orgasme

- Meningkatkan anabolic, IGF1 dan testosterone. Ia juga mengurangkan ACTH dan cortisol iaitu hormon yang meningkatkan lemak.

- Meningkatkan kontraksi rahim dan memudahkan proses bersalin bagi wanita.

- Memudahkan ibu menyusukan anaknya dengan meningkatkan keaktifan kelenjar susu.

- Memberi perlindungan terhadap kanser payu dara, ovari dan endometrium

- Bagi lelaki pula ia penting bagi meningkatkan daya seksual. Lelaki yang mempunyai kadar oksitosin rendah bukan sahaja anti sosial tapi mempunyai daya seks yang lemah.

Kekurangan oksitosin

Kekurangan oksitosin boleh berlaku sejak kanak-kanak mahu pun setelah dewasa. Kanak-kanak yang kurang oksitosin jarang senyum dan ketawa. Mereka menunjukkan ciri ciri autisme dan mungkin menjadi dewasa yang berciri schizophrenia.

Ciri ciri fizikal kekurangan oksitosin

- Tidak gemarkan aktiviti berinteraksi dengan orang lain.

- Semasa kecil lagi tidak mampu menjalankan tugas secara berpasukan.

- Tidak mahu berkahwin dan jika berkahwin, perhubungan itu kurang membahagiakan. Ada yang membawa kepada perceraian.

- Tidak mempunyai sahabat karib atau hanya beberapa sahabat lama sahaja. Enggan mencipta persahabatan baru.

- Gemar bersendirian dan enggan mengambil tahu hal orang lain.

- Jarang tersenyum.

- Tidak berasa perasaan romantik dalam perhubungan cinta.

- Wajah kepucatan

- Tidur terganggu

- Paranoid, mengesyaki bahawa orang lain sentiasa berniat buruk.

Rawatan meningkatkan paras oksitosin memberi kesan yang sangat baik terhadap kesihatan. Ia juga membantu seseorang berubah sikap menjadi lebih positif dan ceria dalam kehidupan. Ia boleh diambil secara suntikan mahupun pil.

Secara semula jadi oksitosin meningkat apabila kita bersentuhan dengan orang yang disayangi dan sahabat handai. Sikap memeluk, mencium dan membelai meningkatkan oksitosin. Selain memberi keceriaan, banyak kebaikan oksitosin kepada tubuh badan dan jantung kita. Patutlah oksitosin sering dinamakan hormon kasih sayang.