Ombak Gergasi Misteri

Sebuah kapal penumpang mewah yang besar telah dipukul ombak gergasi misteri yang besar menyebabkan dua orang maut dan beberapa penumpang lain medapat kecederaan.



Pemilik kapal itu, syarikat Louis Cruise Lines memberitahu, kapal berkenaan dihentam tiga ombak gergasi lebih 10 meter tinggi yang memecahkan banyak tingkap kaca bahagian hadapan.

Banyak kabin dibanjiri air, tingkap-tingkap sebuah restoran pula pecah manakala ramai penumpang diselubungi ketakutan selepas sebuah kapal persiaran di Laut Mediterranean dipukul tiga ombak gergasi misteri.

Cremex, 73, dari Marseille, Perancis berkata, dia sedang berehat di kabinnya kerana laut bergelora apabila ombak-ombak gergasi itu menghentam kapal persiaran Louis Majesty yang membawa 1,350 penumpang dan 580 krew di kawasan pesisir timur laut Sepanyol ketika ia dalam perjalanan dari Barcelona menuju ke Genoa, Itali.

Dibawah adalah gambar kapal yang telah dipukul obak misteri tersebut



Ombak kedua dan ketiga menyebabkan kemusnahan besar. Insiden itu berlaku tanpa dijangka kerana cuaca ketika itu, tidak begitu buruk. Bagaimanapun, seorang jurucakap agensi pegawal pantai Marseilles berkata, tiga ombak misteri itu mungkin sebahagian ombak besar tsunami yang terpencil.