Penikahan Noraniza Idris & Jeffri Hudi

Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Jeffri Hudi, 52, bilal sebuah masjid di Singapura secara besar-besaran pada 29 September ini dan boleh disaksikan oleh orang ramai.



Majlis pernikahan akan berlangsung pada pukul 12 tengah hari di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Bahru.

Ia diadakan seiring dengan sambutan 'Festival Kahwin-Kahwin Masyhur 1Malaysia Negeri Johor 2011'.

Pada mulanya keluarga Noraniza Idris menetapkan tarikh untuk mereka bernikah pada 1 Oktober 2011 tetapi akkhirnya membuat keputusan majlis ini diadakan serentak dengan sambutan festival itu. Lagipun jaraknya tidak jauh.

Majlis ini dianjurkan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd bersama Gerakan Belia 4B (M) Negeri Johor.

Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri.