Rebat Tol Hingga 20% Sempena Hari Raya

Projek Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) hari ini mengumumkan rebat tol sehingga 20 peratus bagi pemegang kad PLUSMiles dan Touch 'n Go yang menggunakan lebuh raya kendalian syarikat itu sempena musim perayaan Aidilfitri ini.



Pengarah Urusan PLUS Expressways, Datuk Noorizah Abd. Hamid berkata, insentif itu diperkenalkan sebagai strategi syarikat untuk menggalakkan orang ramai beralih menggunakan sistem pembayaran secara elektronik.

"Strategi itu bertujuan memudahkan orang ramai kerana penggunaan sistem bayaran secara elektronik akan memperce patkan transaksi tol serta memberi keselesaan kepada pengguna tol," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, rebat 20 peratus hanya diberikan kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan transaksi elektronik pada 25 dan 26 Ogos serta 1 dan 2 September.

"Bagi pengguna lebuh raya yang menggunakan sistem tersebut pada 30 dan 31 Ogos ini, mereka akan diberikan rebat 10 peratus.

"Rebat tersebut boleh dituntut oleh pengguna di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila menambah nilai kad elek tronik bermula 15 Oktober hingga 31 Di sember ini," katanya.

Noorizah berkata, rebat itu bagaimanapun tidak akan diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar.

Sementara itu, PLUS hari ini memak lumkan bahawa satu latihan kecemasan akan diadakan di Kilometer 249.8 arah selatan berdekatan Hentian Rehat dan Ra wat Senawang di sini, esok.

Menurut satu kenyataan yang dikeluar kan oleh PLUS hari ini, satu lencongan trafik akan diadakan di kawasan terbabit dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Justeru, pihak PLUS juga meminta orang ramai yang melalui laluan berkenaan agar lebih berhati-hati di laluan berkenaan serta mematuhi semua arahan yang dikeluarkan bagi memastikan kelancaran latihan kecemasan