Remaja Ketagih Sabun Mandi

Sukar dipercayai tabiat pelik segelintir pelajar yang mengaku ketagih memakan sabun mandi yang didakwa enak persis ‘manisan’.



Kebanyakan pemakan sabun mula berjinak dengan makanan pelik itu selepas tertarik dengan bau wangi sabun sebelum kemaruk menjamahnya setiap hari.
Tabiat seperti wanita mengandung yang mengidam itu dikhuatiri tidak sekadar boleh menyebabkan kerosakan pada organ dalaman mereka, terutama perut, malah dibimbangi boleh menyebabkan maut.