Resepi Ayam Percik Istimewa

Ayam percik sudah tidak asing lagi bagi mereka yang sering ke pasar malam untuk mencari santapan malam.

Sesuai diratah atau dijadikan lauk yang dimakan bersama nasi. Dibawah ini pula disertakan resepi ayam percik untuk kita cuba buat sendiri dirumah.



Bahan Utama

1 ekor ayam, cuci bersih, potong 8 atau ikut suka hati dan toskan

Rempah Perapan Ayam
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1/2 jari halia
1/2 jari kunyit hidup
2 batang serai
5 ulas bawang putih
gula dan garam secukup rasa
(Semua bahan dikisar halus dan diperap dengan kepingan ayam, selama 2 hingga 3 jam)

Bahan Kuah
1/2 kg kacang tanah, digoreng kekuning-kuningan dan dikisar halus
1/2 biji kelapa parut, perah 1½ mangkuk santan
1/2 cawan cili boh
1 batang serai, dititik
1/2 jari lengkuas, dititik
2 biji bawang besar }
5 biji bawang putih }..... dikisar halus
4 biji buah keras }
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

CARA BUAT KUAH
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar (iaitu bawang besar, bawang putih dan buah keras) sehingga garing dan wangi. Masukkan cili boh, serai, lengkuas dan kacau sampai rata sehingga bau kuahnya, semakin mewangi. Barulah dituangkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masak lagi sehingga mendidih. Kecilkan api. Masukkan pula kacang tanah dan masaklah supaya kuahnya pekat sedikit.

CARA MEMANGGANG
Ayam yang diperap, dicucuk atau disepit dengan buluh. Kemudian dipanggang diatas bara api yang sederhana panasnya. Boleh juga dipanggang didalam ketuhar. Panggang sehingga 3/4 masak. Seterusnya jirus dengan kuah, atau digolek-golekkan didalam kuah supaya ayamnya bersalut rata dengan kuah. Seterusnya ayam tersebut, dipanggang lagi selama 10 minit. Tetapi tentukan ayamnya tidak dipanggang sehingga kuahnya kering. Enak diratah panas-panas atau dimakan dengan nasi.