Resepi Biskut Snow Almond

Ini satu lagi resepi biskut yang agak menarik dari segi rasa dan rupanya. Jangan lupa cuba resepi ini.



* BAHAN A:
* 200gm butter
* 100gm gula kastor
* 1 sudu besar shortening
* 1 sudu kecil esen kopi
* 1 biji kuning telur
* BAHAN B:
* 220gm tepung gandum
* 70gm tepung ubi
* 50gm nestum - dikisar
* 40gm badam kisar
* 1 sudu besar coffeemate - saya guna susu tepung
* HIASAN:
* Coklat masakan - dicairkan
* white breadcrumb

Cara-cara

1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.