Resepi Bubur Daging ala Stew

Untuk para pengemar bubur, disini MTB sertakan resepi Bubur Daging ala Stew yang tidak kurang sedapnya.



Bahan-Bahan:
bahan-bahan:
segenggam beras
2 pokok sawi pak choy ( dipotong)

sebiji karot(dipotong)
satu kiub ayam knorr
daging hancur(daging kisar jenama ramly)
air untuk merebus
Cara:
1. basuh beras, sawi, lobak dan daging sehingga bersih ( toskan)
2. masukkan beras dan daging hancur kedalam periuk nasi elektrik dan masukkan air sehingga 3/4 dari periuk td. Kemudian masak sehingga beras kembang dan masukkan kiub ayam.
3. Akhir sekali, bila bahan2 yg dimasak tadi kelihatan agak pekat, masukkan lobak dan sawi.
4. Hidangkan semasa masih panas.
Cadangan Hidangan:
Boleh juga ditaburkan sedikit bawang goreng atau kacang goreng mengikut citarasa anda.