Resepi Cashewnuts Ice Cream Cookies

Sempena bulan ramadan ni memang ramai kakak-kakak dan adik-adik kita yang nak mencuba resepi baru biskut raya. Ini satu lagi biskut yang sedap untuk dicuba.



Bahan-bahan:

Bahan (A)

* 120 gm mentega
* 120 gm gula aising
* 1/8 sudu teh pewarna kuning telur

Bahan (B) - diayak bersama

* 320 gm tepung gandum
* 40 gm tepung jagung
* 40 gm tepung kentang
* 20 gm tepung kastard
* 1/2 sudu teh serbuk penaik
* 50 gm gajus - panggang dan kisar

Bahan (C)

* Kuning telur - untuk disapu di atas biskut sebelum dibakar

Cara:

1. Di dalam mangkuk adunan, pukul mentega, gula aising dan pewarna kuning telur sehingga kembang.
2. Masukkan pula bahan-bahan (B) dan gaul sebati sehingga menjadi doh.
3. Rehatkan doh selama 15 minit dan canai (gelek dengan penggelek). Kemudian terap doh menggunakan penerap berbentuk aiskrim.
4. Susun di dalam dulang pembakar. Kemudian sapukan kuning telur di atas permukaan dan bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 15 - 20 minit. Sejukkan biskut.

Bahan hiasan:

* Coklat masakan
* Starflakes
* Colourful rice
* Atau sebarang sugar deco...
* Kertas surih / kertas minyak

Cara:

1. Masak coklat masakan secara double boile.
2. Celupkan bahagian atas biskut (bahagian aiskrim) dengan coklat. Letakkan di atas kertas.
3. Taburkan hiasan mengikut suka...

Download Link Klick sini