Resepi Chocolate Butterscotch Bars

Untuk resepi ini, bahan lain yang perlu anda ada adalah dulang pembakar 16x12x12 inci yang mempunyai pemotong petak-petak bersaiz sama (boleh dapatkan di kedai menjual bahanh kek dan biskut) dan aluminium foil.



Bahan-bahan biskut:

* 300 gram coklat masakan (cairkan dengan cara double boile)
* 230 gram mentega
* 500 gram tepung gandum
* 1 sudu teh serbuk penaik
* 100 gram gula perang
* 4 sudu besar badam kisar (kisar badam hacur)

Bahan-bahan topping:

* 350 gram mentega
* 230 gram gula kastor
* 4 sudu besar golden syrup
* 350 gram susu pekat manis
* 300 gram kacang hazel - dipanggang
* 450 gram coklat masakkan (dicairkan dengan cara double boile)

Bahan hiasan:

* Snow powder

Cara:

1. Cairkan coklat masakkan. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk yang sesuai, gaul rata mentega, tepung dan serbuk penaik. Adunan akan menjadi seperti serbuk roti.
3. Kemudian, tambahkan badam kisar dan coklat masakkan cair. Gaul rata sehingga adunan membentuk doh.
4. Alas dulang pembakar dengan aluminium foil dan gris dengan mentega. Kemudian, ratakan doh diatasnya.
5. Cucuk doh dengan garfu dan bakar pada suhu 150 darjah selcius selama 20 - 25 minit. Biarkan biskut sejuk di dalam loyang.
6. Untuk topping (butterscotcha), satukan mentega, gula, syrup dan susu pekat di dalam mangkuk yang sesuai dan panaskan sehingga mentega dan gula cair dan kekuningan. Kemudian, masukkan kacang hazel. Gaul rata.
7. Tuang di atas lapisan biskut yang telah sejuk dan biarkan topping keras.
8. Cairkan coklat dan sapu rata ke atas lapisan butterscotch. Biarkan coklat keras sebelum dipotong 4 segi.
9. Akhir sekali, ayak snow powder di permukaan atas untuk hiasan.