Resepi Chocolate Chip Cookies

Resepi biskut raya Chocolate Chip Cookies yang sedap..




Bahan-Bahan


1 / 2 cup Crisco dengan mentega
1 / 2 cawan gula Halus
1 / 4 cup brown sugar
1 butir telur
1 cawan tepung
1 / 2 sudu teh garam
1 / 2 sdt baking soda
1 1/2 cawan coklat chips
1 / 2 cawan walnut cincang
1 sudu teh essen vanila


Cara-caranya
1. Masukkan gula halus, gula perang, telur, dan Crisco kedalam mangkuk kemudian pukul sehingga kembang dan kemudian masukkan essen vanila, garam, dan baking soda

2. Masukkan tepung ke dalam adunan dan aduk semua bahan. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan walnut cincang. Panaskan oven ke 350 darjah.


3. Gunakan sudu kecil untuk meletakan adunan ke loyang (ungreased) dan leperkan.Ulangi proses ini sehingga anda telah menggunakan semua adunan biskut. Letakkan loyang ke dalam oven 350 darjah selama 10 hingga 12 minit atau hingga coklat keemasan. Sejukan biskut sebelum disimpan di balang kedap udara.