Resepi Coklat Peanut Butter Almond Crunchy

resepi ini khas untuk mereka yang mengemari dan ingin mencuba membuat coklat Butter Crunchy sendiri mengikut adunan seperti dibawah ini.




Bahan-bahan ( 20 biji )

* Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan.
* Badam.
* Peanut butter.
* Cornflakes yang telah dikisar.
* Acuan coklat.
* Berus mewarna/stik.

Cara-cara

1. Masukkan coklat Compound/Couverture yang telah cair kedalam acuan coklat sehingga memenuhi 1/3 ruang didalam acuan coklat.
2. Ratakan 1/3 coklat tadi sehingga memenuhi permukaan ruang dalam acuan tadi dengan menggunakan berus mewarna/stik. (Dibahagian ini akan terhasil kelongsong coklat.)
3. Masukkan sedikit inti peanut butter ke dalam kelongsong coklat tadi. (Boleh menggunakan sudu atau piping bag.)
4. Kemudian, masukkan pula badam kedalam peanut butter tadi.
5. Tuangkan semula coklat yang telah cair sehingga memenuhi 2/3 acuan.
6. Hentakkan acuan sehingga memenuhi ruangan bawah acuan.
7. Taburkan Cornflakes yang telah dikisar ke atas permukaan coklat.
8. Tuangkan lagi coklat yang telah cair kedalam acuan sehingga memenuhi acuan.
9. Hentakkan acuan semula.
10. Ratakan permukaan coklat dengan menggunakan perata.
11. Masukkan acuan coklat kedalam peti sejuk selama beberapa minit.
12. Keluarkan acuan dari peti sejuk, dan keluarkan coklat dari acuan.
13. Sedia untuk dihidangkan.