Resepi Cornflakes Madu Warna Warni

Untuk buat biskut ni sememangnya mudah, tak banyak kerenah dan cepat je boleh buat dalam jumlah yang banyak. jadi jimatlah masa, boleh buat biskut yang lain pulak kan..



Bahan - bahan :

* 250gm cornflakes - kotak kecil
* 125gm butter - 1/2 buku
* 1/2 cawan gula perang
* 5 sudu makan madu / golden syrup
* manik warna warni untuk hiasan

Cara membuatnya :

1. Campurkan butter dan gula perang atas api sederhana perlahan hingga gula dan butter larut.
2. Masukkan cornflakes kedalam adunan yang dah cair dan kemudian masukkan madu / golden syrup.
3. Gaul sampai rata.
4. Masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selama 10 - 15 minit atau sampai dasar kekuningan. Jika mahu buat versi yang tak dibakarpun boleh..