Resepi Cornflakes Milo

Biskut Cornflakes ni pulak perasa milo, lagi senang membuatnya sebab tak payah bakar. Godek2, lepas tu kepal2, lepas tu masuk dalam bekas, dah siap. jom tengok resepinya..



Bahan - bahan :

* 100gm butter
* 100gm cornflakes
* 100gm serbuk milo
* 4 sudu makan golden syrup

Cara membuatnya :

1. Cornflakes dihancurkan sederhana dan disimpan dalam bekas.
2. Masak butter hingga cair atas api sederhana besar.
3. Sesudah cair masukkan golden syrup dan kacau sebati.
4. Kemudian masukkan serbuk milo dan kacau sebati.
5. Tuang kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan tadi dan gaul sebati.
6. Bulatkan terus masa masih panas dan masukkan kedalam bekas mini cookies dan sejukkan dulu sebelum disimpan dalan balang