Resepi Ikan Bakar Padang Istimewa

Bagi anda sukan makan ikan panggang, bolehlah mencuba resepi ikan bakar istimewa ini.



BAHAN-BAHAN:

4 ekor ikan kembung besar

BAHAN TUMBUK HALUS:

1/4 sudu kecil lada hitam
4 biji buah keras
1 cm kunyit
3/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK KICAP MANIS:
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 tangkai cili merah (potong serong)
2 tangkai cili hijau (potong serong)
2 biji jus limau nipis
125 ml kicap manis

CARA MENYEDIAKAN:

1) Campurkan bahan-bahan tumbuk bersama santan, garam dan gula
secukup rasa.
2) Ikan dibersihkan. Masukkan ke dalam kuah santan, kacau rata.
3) Bakar ikan menggunakan api arang hingga masak. Gunakan lebihan kuah
santan untuk merenjis-renjis ikan semasa dibakar. Enak dimakan bersama sambal
kicap manis.
4) Gaulkan semua bahan dan rasalah masam manisnya