Resepi Kek Coklat Kukus

Resepi terbaru kek coklat kukus istimewa yang menarik dan sedap..



Bahan:
2 cawan Vzam serbuk chocolate
3/4 cawan gula pasir ( ikut rasa )
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (nak lebih sedap guna butter cair)
½ cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 ! tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara:
Campur koko, gula, susu cair, susu pekat manis & minyak ke dalam periuk &
masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. tutup api, biarkan
adunan suam.
Tepung, soda bikarbonat & baking powder diayak.
Telur dipukul kembang & dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata &
campur tepung.
Gaul sebati & tuang dalam acuan & jangan sampai penuh sebab nanti adunan
naik (tuang dalam ½ acuan je).
Tutup dengan aluminium foil agar tak masuk wap.
Kukus selama 1 ½ jam baru keluarkan.


TOPPING COKLAT

Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping cream
gula halus secukup rasa ( supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara membuat:
Cairkan coklat secara double-boiler
Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream
Kacau sehingga sebati.
Curahkan atas kek kemudian ratakan
Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang
dan menegak selang seli.