Resepi Kek Lapis Cempedak


Cempedak sedap dimakan jika digoreng seperti pisang goreng yang bersalut tepung. bagaimanapun cempedak juga boleh diadun untuk membuat kek lapis yang sedap. Jom tengok resepinya.



Bahan A

500 gm mentega
1 sudu besar esen vanilla (saya gunakan vanilli)

Bahan B
20 biji kuning telur
6 biji putih telur
275 gm gula halus

Bahan C
100 gm tepung Hong Kong
½ sudu teh baking powder

Bahan D
500 gm cempedak kisar }
¼ tin susu pekat manis } – dikacau rata

Cara
Pukul Bahan A hingga kembang selama 3 minit. Pukul Bahan B hingga pekat selama 5-7 minit. Masukkan Bahan A ke dalam Bahan B dan kacau hingga rata. Kemudian, masukkan Bahan C dan kacau lagi hingga sebati. Bakar dgn menggunakan grill, selapis selapis. Setiap lapisan kek menggunakan 2 senduk adunan tepung. Bakar selama 2-3 mminit (saya bakar selama kira-kira 6-7 minit dgn suhu 210 – 215 darjah Celsius). Satu lapisan plain, satu lapisan dicampur dgn 2-3 sudu besar cempedak kisar (Bahan D). Buat begini sehingga adunan selesai. Setelah kek masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk sebelum diterbalikkan di atas redai (rak kek).

Nota:
Apabila melapis adunan lapisan cempedak, bakarlah sehingga kering cempedaknya baru dilapis adunan plain tadi.