Resepi Kerang Bakar Berempah

Cerita pasal kerang ni terbangkit pula selera nak makan kerang rebus. Kalau kebiasannya kita rebus je kerang tu, kali ini apakata kita cuba pula resepi kerang bakar berempah ni.




* 1 kg kerang yg sudah dibersihkan
* REmpah pes ikan..
* Limau Purut/kasturi
* pembalut aluminium
* Bubuh kerang yang sudah dibersihkan tadi ke dalam balutan pembalut aluminium. Kalau terer..buatlah macam kotak sikit..Bubuhlah daun limau purut kat atas kerang tadi..



Lepas itu campurkan Rempah/ Pes Ikan Bakar. Memadai sekadar bubuh kat atas kerang sahaja…





Bungkuslah semua bahan tersebut..Balut “baikkk…” punyer..jangan kasi bocor…



Bakar di atas ceper pun boleh…kuali pun boleh… Dengan api yang perlahan.



Agak-agak dah nak masak tu.Jangan lama sangat..nanti kering. Angkatlah bungkusan kerang tu.. Dah boleh bedal…Tak payah nak hias2 la… nanti buang jugak..asalkan kenyang sudah.. Nak mmppphh lagi,… perahkan limau kat atas kerang tersebut.