Resepi Kuih Seri Muka

Antara kuih kegemaran rakyat malaysia terutama bila tiba bulan ramadan, kuih ni best sangat kalau makan masa berbuka puasa.



Bahan-bahan Kuih Seri Muka ( size loyang 22cm / 3” )

Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak

Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yang tak mudah nak dapatkan daun pandan..boleh digantikan dengan 1 st pandan paste)

Cara-cara

Untuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi…
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dengan kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje…letakkan loyang yang berisi pulut tadi tu….kedlm kukusan dan dengan perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam….

PERINGATAN…kuih ini hendak la betul-betul sejuk barula mudah dipotong dan cantik dihidangkan…