Resepi Kurma Delight (TESTED)

Raya pun dah nak dekat, macam-macam biskutlah yang kita nak buat untuk hidangan tetamu dihari raya nanti. pasti anda mahukan sedikit kelainan. Apakata kita cuba resepi biskut KURMA DELIGHT ini..



Bahan
250 gm mentega
100 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
250 gm tepung gandum – diayak }
100 gm tepung jagung }-- disatukan
40 gm tepung kastad }

30 gm serbuk badam }
50 gm Nestum } -- dikisar
50 gm kelapa kering }

Cara
Pukul mentega, gula perang dan vanilla hingga sebati. Masukkan bahan kisar, gaul rata. Masukkan campuran tepung tepung dan gaul lagi sehingga mendapat doh yg lembut. Canai dan terap ikut citarasa anda. Sapukan kuning telur di atasnya dan hiaslah dgn sehiris kurma. Bakar dgn kepanasan 180 darjah Celsius selama 25 minit atau sehingga masak. Setelah biskut sejuk baru dihias di atasnya dgn gula aising.

Bahan Hiasan (Aising)
1 biji kuning telur- dikocok dgn setitis warna kuning
beberapa biji kurma lembut- dihiris memanjang
50 gm putih telur
150 gm gula aising
15 gm tepung jagung
½ sudu teh esen vanilla

Cara
Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula aising, vanilla dan tepung jagung. Kacau hingga sebati. Ambil sedikit adunan gula ini, masukkan ke dalam sarung plastik (piping bag) dan hiaskan di atas setiap keping biskut, sebelum disimpan.