Resepi Nasi Lemak Basmathi

Semua orang suka makan dan buat sendiri nasi lemak ni kat rumah. Tak kurang juga ynag nak lagi senang, beli je kat makcik yang jual ditepi jalan tu.



Sekarang apa kata kita cuba buat sendiri di rumah resepi nasi lemak yang lain sekit ni.

BAHAN UNTUK NASI LEMAK :
4 cawan beras basmathi, rendam 25 minit, dan toskan
6 cawan santan
1 batang serai, dititik
2 helai daun panda, disimpul
2 ulas bawang putih, diketuk
1 1/2 inci halia, dititik
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :
Sambal tumis (sy buat sambal tumis bilis + kiub bilis utk lagi sedap)
Timun, dihiris
Telur, rebus
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng

CARA MEMBUATNYA :

1. Dalam rice cooker, satukan semua bahan untuk nasi lemak kecuali garam, kacau rata dan tambah garam sedikit (anggaran 1/2 camca teh). Kacau rata dan masak seperti biasa, bila nasi betul tanak2, karih nasi tadi, gunakan chopstick dan balik kan 2 - 3 kali sahaja untuk mengelakkan beras patah2.
2. Hidang kan nasi lemak tadi bersama bahan sampingan. Yang ni optional, kalau nak tambah lauk lagi pun ok, macam ayam goreng atau ikan goreng...Selamat mencuba.