Resepi Nasi Lobak Merah

Hari ni saya nak kongsikan resepi nasi lobak merah atau biasanya orang sebut nasi carrot. kalau nak cuba, bolehlah ambil resepi dibawah..



Nasi 2 pot susu
Lobak merah 2 batang (kalau nak banyak letak le 3 ke 4 ke)
Bawang besar 1 biji (Betul2 besar ni)
Susu cair 1 tin
Sos tomato (5 sudu)
Halia 1.5 inchi
Butter/Margerine
Rempah tumis - Kayu manis (1), Bunga lawang (3)

Cara membuat:-

· Lobak merah tu potong halus memanjang (jgn le halus sgt - cukup macam untuk popia sayur tu)
· Bawang besar, dan halia potong juga nipis2
· Basuh beras bersih2
· Then gaul butter secukupnye dgn beras yg dah dibasuh tadi (Put it aside)
· Kemudian tumis bawang, halia, rempah tumis dgn butter (dalam periuk ye...)
· Dah naik bau, masukkan lobak merah, sos tomato, susu cair kacau.
· Then masukkan air (sukat bahan ni semua cukup untuk masak nasi tadi -jgn sampai nasi jadi lembik)
· Dah mendidih, masukkan beras yg dah digaul dgn butter.