Resepi Sagun Orang Melayu

Ini resepi yang mengamit memori. teringat pulak masa kecil-kecil dulu, emak selalu buat makanan yang satu ni. terbatuk terbelahak dah jadi bahan ketawa. Rasanya dah lebih 20 tahun tak makan sagun ni. Apapun MTB nak kongsikan cara mudah buat sagun ni. jom cuba..




Bahan:

200gms cwn kelapa kering
200gms cwn tepung beras
50 gms tepung pulut
gula halus secukupnye



CARA:
1. goreng dulu kelapa hingga wangi (kalau guna kelapa fresh kena goreng hingga separa kering giteww)...
2. masukkan tepung beras & tepung pulut...goreng lagi hingga wangi, rangup & berderai...3. dah siap, sejukkan dulu baru gaul bersama gula ikut suka nak manis mana... apalagi jom pelahap sagun he he..

Sagun juga ada dijual sesetengah kedai sebagai makanan ringan. Boleh juga bagi anak-anak kita rasa makanan orang melayu dulu yang kian hilang ditelan arus kemodenan..