Resepi Satay Ayam Istimewa

Semua orang semestinya suka akan makanan yang satu ni. Apa tidaknya, setakat 10 cucuk belum tentu cukup tu. Apakata kali ini kita cuba buat sendiri satay ayam kat rumah jer. boleh lah makan untuk seisi keluarga sepuas-puasnya.



Bahan-bahan sate:
1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan untuk dikisar halus:
3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih


Cara menyediakan:
1) Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
2) Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
3) Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
4) Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.

Kuah sambal kacang untuk satay ni boleh buat sendiri resepinya disini atau nak lagi senang beli je kat tempat jual satay tu. Tak le mahal mana pun, dua tiga ringgit dah cukup.