Resepi Sekaya Labu

Sekaya labu ni bukanlah macam sekaya telur yang kita sapu kat roti tu. ini lebih kurang macam tepung talam yang bisa kita buat tu lah..



Bahan2
¼ biji labu kuning saiz sederhana – kopek kulit, dadu & direbus
7 biji telur (grade A)
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan gula pasir
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung

Cara menyediakannya
1. Lecekkan labu hingga lumat. Masukkan ke dlm satu mangkuk utk membancuh.
2. Panaskan periuk pengukus dgn air secukupnya.
3. Masukkan telur, kedua2 jenis tepung, gula & 1 cawan santan ke dalam blender. Blend hingga halus.
4. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi labu tadi.
5. Tuangkan baki santan lagi 1 cawan tadi ke dalam blender dan blend santan supaya baki bancuhan yang melekat pada jug blender tadi sebati bersama santan. (elak membazir) Tuangkan santan ke dalam adunan tadi dan kacau rata2.
6. Tuangkan ke dalam loyang ukuran anggaran 8” dan kukus selama 30 minit.
7. Setiap 10 minit.. angkat tudung kukusan berhati2 agar air tak menitik pd sekaya dan lapkan air yg melekat pd tutup kukusan.
8. Sejukkan sekaya sebelum dipotong.