Resepi Sweetheart Chocolate Cake

Jom cuba pula buat kek bersalut coklat (Sweetheart Chocolate Cake) ini, Ianya sedap walaupun agak rumit nak buatnya.



Bahan-bahan
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan air panas
1/2 cawan minyak masak
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
Coklat masakan
Coklat putih
Acuan bentuk hati




Cara-cara

Ayak tepung,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Ketepikan.
Pukul telur hingga kembang.Masukkan gula, pukul lagi hingga putih.Kemudian masukkan minyak masak,susu pekat.
Pukul lagi.Masukkan campuran tepung.Masukkan air panas sedikit demi sedikit sampai habis.
Panaskan oven pada suhu 180 degree. Sapu acuan dengan sedikit minyak masak.Masukkan adunan dlm acuan,masukkan sedikit sahaja,kurang dari separuh acuan.Bakar selama 5 minit.

Keluarkan kek dari acuan.(ini adalah resipi kek coklat lembab tp saya kurangkan separuh air utk disesuaikan dengan coklat).

Cairkan coklat masakan secara double boiler. Jika coklat nampak pekat, letakkan sedikit minyak sayur.
Masukkan coklat cair dalam acuan.Walaupun menggunakan non stick tray saya letak sikit minyak masak pada acuan untuk memudahkan coklat dikeluarkan tanpa merosakkan bentuknya.

Letakkan kek bentuk hati tadi.Tekan sedikit supaya bahagian tepi turut bersalut coklat.

Tuangkan coklat ke atas kek untuk cover semua bahagian kek. Simpan dalam peti sejuk seketika.

Keluarkan dari peti ais, kikis bahagian tepi coklat dengan lidi sate. Ini adalah untuk mengemaskan bahagian tepi coklat dan memudahkan coklat dikeluarkan dari acuan. Bahagian atas nampak kurang smooth.

Tak mengapa kerana ia akan jadi base coklat.
Terbalikkan tray untuk keluarkan coklat dari acuan. Pipekan atas coklat dengan coklat putih yg telah dicairkan.