Resepi Trifle Versi Malaysia

Ini ialah resepi Trifle versi malaysia yang tidak kurang juga enaknya.



bahan asas dia swiss roll and fruit cocktail. tapi kena ada jugak custard, gula, dan susu cair..

Bahan-bahan :

1 gulung swiss roll
1 tin fruit cocktail
1 kotak agar-agar jelly (recommended : nona)
4 sudu besar custard
1 sudu teh esen vanilla ... etc (recommended: ikut swiss roll)
100 gm gula halus
250 ml air
250 ml susu cair

Cara-cara :

1. potong swiss roll sesedap rasa dan susun jadi layer bawah. put aside.

recommended : guna bekas kaca supaya senang sikit nak ejas.. =)

2. kacau custard dengan air + gula. jangan bagi custard berketul.

3. agak-agak dah ok, masak atas dapur. masukkan susu cair + esen. make sure kacau custard jangan sampai berketul. kacau semua sampai pekat.

recommended : tuang sikit air dari fruit cocktail sesedap rasa. kena pandai-pandai bajet. tapi kalau nak tuang air fruit cocktail, make sure tak bubuh semua 100gm gula halus tadi. kena pandai-pandai bajet supaya tak terlalu manis. tapi kalau tak bubuh air dari fruit cocktail pun tak apa. stick to 100gm gula halus macam biasa.. =)

4. dah pekat, sebati semua, tuang atas swiss roll. tabur fruit cocktail sesedap rasa.

5. masak agar-agar. dah masak, tuang atas swiss roll untuk layer atas.

6. bila dah hilang panas sikit, simpan dalam peti ais.

7. bila dah agak-agak sesuai untuk dimakan, potong, baca bismillah, baca doa.. ngap! dengan sopan santun ye..

Okay, settle dah resepi trifle buatan malaysia.. kalau kawan-kawan kreatif, tukar fruit cokctail kepada buah-buahan faveret yang lain.. strawberry boleh, peach boleh, kiwi boleh.. kalau nak rasa malaysia, mungkin boleh try kek pisang vs pisang.