Resipi Agar Agar Pandan Bersantan

Jom try resipi Agar Agar Pandan Bersantan yang sesuai sangatlah dihidangkan pada petang hari.



Bahan Bahan

* 12 gm serbuk sgar-agar
* 300 ml santan pekat
* 1200 ml air (setelah dicampur dengan pati pandan)
* sedikit pewarna hijau jika perlu
* 13 sudu besar gula

1. Didihkan air dan gula. Bila dah mendidih, masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga larut.
2. Biarkan mendidih, masukkan santan pekat dan pewarna (jika perlu).
3. Biarkan mendidih sekejap.
4. Tuangkan dalam bekas dan biarkan sejuk.