Ribut Di Bazar Ramadan

Sebanyak 11 buah gerai bazar Ramadan di Teluk Cempedak di sini kerugian kira-kira RM200,000 akibat dipukul ribut.



Daripada 11 buah gerai itu, lima daripadanya mengalami kerosakan teruk apabila diterbangkan angin dan menghempap gerai lain. kejadian itu merupakan yang pertma berlaku di tapak niaga yang mempunyai 30 gerai jualan pelbagai itu. Anggarkan kerugian yang dialami kesemua peniaga terbabit adalah sebanyak RM200,000,.

Seorang peniaga Arian Fazry Md. Zahari, 23, berkata, dia sempat melarikan diri ke kawasan yang selamat selepas gerai tersebut dilanda angin kencang.

"Kejadian berlaku sekelip mata dan ketika itu saya berada di bawah khemah. dia berlari keluar selepas mendengar bunyi angin kuat selain melihat debu berterbangan.

"Ketika itu dia hanya mampu melihat khemah jualannya terangkat sebelum diterbangkan angin dan menghempap khemah jualan di bersebelahan. Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian tersebut.