Sambutan Kemerdekaan 2011

Percikan bunga api dan persembahan hiburan oleh artis dilihat semakin menjadi kebiasaan pada setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan.



Namun, aktiviti yang turut diamalkan di seluruh dunia setiap kali sambutan seumpama itu berlangsung, menimbulkan tanda tanya sama ada ia mampu menzahirkan objektif sebenar sambutan Hari Kemerdekaan, terutama dalam mengenang kembali jasa tokoh-tokoh yang berjuang untuk memerdekakan tanah air.

Menjelang 31 Ogos ini, orang ramai yang ditemui sekitar ibu negara hari ini melahirkan hasrat mahu menyaksikan satu sambutan Hari Kemerdekaan yang sedikit berbeza dan lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Bagi Mohd Ikmal Adanan, 30, sambutan kemerdekaan tahun ini yang jatuh pada hujung Ramadan perlu diraikan dengan aktiviti keagamaan dan keinsafan yang tidak menenggelamkan makna kemerdekaan.

"Jangan diadakan aktiviti yang mana golongan muda berkumpul dan menjerit-jerit "merdeka, merdeka", tetapi mereka tidak menghayati makna dan erti merdeka.

Bagaimanapun sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 September, serentak dengan sambutan Hari Malaysia. Aktiviti lain Bulan Merdeka akan diadakan seperti biasa bersesuaian dengan Ramadan.