Senarai Makanan Yang Tinggi Asid Urik

Jika nak senaraikan dengan sepenuhnya jenis makanan yang mengandungi purin, ia mungkin memerlukan beberapa muka surat.



Jadi, adalah lebih baik bagi MTB memberikan satu senarai makanan secara umum yang lebih senang untuk diingati.

Hampir semua makanan daging yang berprotein mengandungi paras purin yang tinggi. Makanan laut seperti udang, ketam, sotong dan ikan bilis adalah pencetus serangan gout yang utama. Manakala isi ikan besar adalah mempunyai kandugan purin yang lebih rendah dan selamat untuk dimakan oleh pesakit gout.

Daging merah seperti lembu dan kambing turut mengandungi tahap purin yang tinggi. Daging organ dalaman seperti hati dan usus adalah sangat tinggi dalam kandungan purin. Ini adalah kerana hati merupakan tapak pemprosesan di makan purin dipecahkan menjadi asid
urik di dalam badan.

Selain daripada daging, kebanyakan makanan jenis kacang turut mempunyai kandungan protein dan purin yang tinggi, begitu juga dengan cendawan. Jadi, pesaki gout adalah dinasihat supaya kurangkan atau elakkan golongan makanan di atas sehingga tahap asid urik di dalam badan kembali ke tahap normal.

Bijirin Oat adalah seperti jagung dan beras, ia bukan di dalam golongan kacang. Maka, ia adalah selamat untuk dimakan. Kami sentiasa mencadangkan pesakit gout supaya menambahkan pengambilan makan bijirin yang tidak diproses keterlaluan seperti nasi biasa yang telah diputihkan.

Kalau boleh, Anda harus cuba makan Brown Rice yang lebih berkhasiat. Brown Rice mengandungi kulit beras yang kaya dengan Vitamin B dan gentian fiber yang bagus untuk pencernaan. Jika Anda tidak biasa dengan bau Brown Rice, anda boleh mula dengan mencampur dengan nasi putih biasa dan perlahan-lahan kurangkan nisbah beras putih. Anda juga boleh buka satu kapsul Jinliyuan dan campurkan ke dalam air masakan nasi, bukan sahaja Anda dan sekeluarga boleh mendapat manfaat kealkalian Jinliyuan, mineral
Jinliyuan turut boleh menjadikan nasi lebih sedap dimakan. Sila cuba.


Kandungan Purin dalam Bahan Makanan


































































































































































































































































KATEGORI MAKANAN ANJURAN
KELOMPOK 1 Otak Sebaiknya dihindari
Kandungan Purin Tinggi Hati
(100-1000 mg/100 g) Jantung
Ginjal
Ekstrak Daging
Daging Itik
Ikan Sardin
Makarel
Kerang


KELOMPOK 2
Kandungan Purin Sedang Daging lembu & Ikan Boleh di ambil
(9-100 mg/100 g) (Kecuali yang terdapat Tidak berlebihan
dalam kelompok 1)
Ayam
Udang
Tahu
Tempe
Asparagus
Bayam
Daun Ubi
Kangkung
Daun dan Biji Melinjo
KELOMPOK 3 Nasi Boleh diambil
Kandungan Purin Rendah Ubi setiap hari
Ubi
Jagung
Roti
Mee / Bihun
Cake/Kuih Kering(biskut Raya)
Puding
Susu
Keju
Telur
Sayuran dan Buah
(kecuali sayuran dalam
kelompok 2)