Senjata Jepun Lama Dijumpai

Sekumpulan lelaki tidak menyangka objek-objek pelik yang pada mulanya mereka sangka ranting-ranting kayu, rupa-rupanya senjata peninggalan zaman Jepun.



Sebelum itu, mereka ke sebuah kawasan lapang di tepi jalan Batu 14 Jalan Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi Johor.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian mereka terkejut apabila tiba-tiba ternampak kelibat seperti dahan-dahan kayu di situ.

“Setelah didekati, rupa-rupanya ada sebanyak 18 batang besi berkarat bersalut tanah yang merupakan senjata lama. Kesemua senjata berbentuk laras senapang itu masih boleh digunakan.



Lokasi tersebut merupakan tempat persembunyian penduduk tempatan membuat serangan hendap terhadap tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua. Turut ditemui di sekitar tempat tersebut ialah 20 butir peluru lama di sebuah lubang.