Video Keindahan Molekul Air Zam-Zam

Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah melakukan penyelidikan tentang molekul air. Gambar diambil dengan mikroskop elektron menggunakan kamera halaju tinggi. Lalu molekul air tersebut membentuk kristal berbentuk segi enam yang indah.



Kemudiannya diulang dengan meyebut kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” lalu kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selepas itu, ditunjukkan kata “setan”, kristal berubah menjadi bentuk buruk.

Didengarkan pula molekul air itu dengan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Kemudian dengan musik heavy metal pula diperdengarkan, bentuk kristal tadi hancur.



Ketika 500 orang memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!