Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA Akan Dimansuhkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).




Dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia 2011, Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa dua undang-undang baharu akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Dalam perutusan yang disampaikan di hadapan lebih 800 hadirin di Angkasapuri, Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baharu itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

"Kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan.