Album Baru Madonna 2011

Selepas mendapat kritikan hebat terhadap filem pertama arahannya, “W.E” di Festival Filem Venice baru-baru ini, Madonna akhirnya bakal kembali ke studio untuk merakamkan album terbaru.



Dalam satu temu bual di Sweden, penyanyi yang popular dengan lagu “Material Girl” itu memberitahu album terbarunya itu akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Menurut Madonna, 53, dia telah melakukan beberapa proses pembikinan album tersebut dan akan memberikan tumpuan sepenuhnya selepas promosi filem “W.E” berakhir.

Katanya, dia teruja dengan pembikinan album tersebut selepas hampir empat tahun tidak muncul dengan album baru.

Madonna turut memberitahu “single” pertama album itu akan dilancarkan sekitar Februari atau Mac tahun hadapan.

“Hard Candy” adalah album terakhir Madonna yang dilancarkan pada tahun 2008 dan berjaya menduduki tempat pertama carta Billboard pada minggu pertama ia dilancarkan.

Ini juga adalah album pertamanya selepas meninggalkan syarikat rakaman Warner Bros.