Album Inggeris Siti Nurhaliza

Satu majlis perlancaran album ‘All Your Love’ Siti Nurhaliza telah diadakan semalam, 26 September 2011. Majlis ini telah berlangsung di Starhill Gallery, KL.





Album baru Siti ini mendapat sentuhan ramai pakar dalam bidang muzik termasuk mereka yang pernah menyumbang kepada Lady Gaga, Kanye West, Usher dan Macy Gray. Antara lagu yang menarik yang terdapat dalam album itu ialah ‘Stand Up’, ‘All Your Love’, ‘Nobody Else’ dan banyak lagi.