Asal Ikan Talapia Atau Tilapia

Ikan Tilapia disebut sebagai ‘Talapia’ olah masyarakat Malaysia. Untuk memudahkan pemahaman, kita gunakan sebutan Talapia.



Talapia adalah ikan yang paling disukai untuk dijadikan makanan seharian makanan rakyat Malaysia. Ikan Talapia Merah adalah ikan yang selalu menjadi pilihan penternak dan peniaga ikan kerana permintaan yang tinggi terhadap ikan ini. Kelebihan ikan talapia ialah mempunyai rasa daging yang sedap dimakan, mudah membiak. Walaubagaimanapun permintaan pasaran ikan talapia yang tinggi di Malaysia masih belum dapat dipenuhi oleh penternak-penternak.




Di Malaysia terdapat 2 jenis (spesies) ikan Talapia yang diketahui, ikan Talapia Merah dan ikan Talapia Hitam. Walau bagaimanapun terdapat lebih lebih kurang 30 spesies ikan ini dari genus yang sama seluruh dunia.
Pengelasan saintifik

Alam : Haiwan
Filum : Kordata
Kelas : Actinopterygii
Order : Perciformes
Famili : Cichlidae
Subfamili : Pseudocrenilabrinae
Tribe : Tilapiini
Genus : Oreochromis (30 spesies)



Ikan Talapia Merah merupakan ikan kacukan dari spesies Oreochromis mossambicus dan Oreochromis niloticus niloticus.


IKAN TALAPIA SELURUH DUNIA

Talapia merupakan ikan tangkapan yang penting di Afrika dan Levant. Dikatakan asal usul ikan ini adalah dari negara tersebut. Ikan Talapia Hitam (Oreochromis niloticus) merupakan ikan dari Sungai Nil. Ikan ini mula dijumpai di Malaysia pada tahun 1969 dan telah tersebar dengan meluas di beberapa daerah terutamanya kawasan sawah padi.

Ikan talapia merupakan ikan ketiga penting dunia selepas karp dan salmonid, dengan pengeluaran 1,505,804 tan metric pada 2002. Merupakan projek akuakultur yang penting di negara-negara dengan iklim sederhana seperti ASEAN. Di zon sederhana, penternakan ikan talapia memerlukan tenaga bagi memanaskan air kepada suhu tropika, kebiasaannya menggunakan haba sampingan dari kilang dan logi kuasa.




China, Filipina, Taiwan, Indonesia dan Thailand merupakan negara pembekal utama dan keseluruhan pengeluaran negara-negara ini adalah 1.1 juta tan metrik pada tahun 2001, dan merupakan penyumbang 76% kepada keseluruhan pengeluaran ikan talapia dunia. Di Malaysia, pengeluaran ikan talapia masih lagi untuk memenuhi pasaran dalam negara.

Di Taiwan ikan ini di panggil “Wu-Kuo”. Di pekenalkan dalam tahun 1946. Ikan Talapia di Taiwan adalah kacukan Oreochromis mossambicus dan Oreochromis niloticus niloticus. Merupakan ikan yang penting di dalam Taiwan untuk pasaran tempatan dan pasaran eksport. Kebanyakan ikan talapia di Taiwan di eksport ke Jepun dan Amerika.

Di China ikan talapia di panggil “Luofei”, berdasarkan dari nama asal ikan ini: Nil dan Afrika (niLUO dan FEIzhou dalam bahasa Cina)

Di Thailand “Pla Taptim”/ Oreochromis niloticus sangat popular sebagai makanan. Ikanikan talapia di Thailand dibela di dalam sangkar-sangkar dalam sungai. Pada 2007, berjuta ikan talapia mati dalam sungai Chao Phraya akibat kekurangan oksien dan serangan penyakit.

Di Filipina, pada 11 Januari 2008 Lembah Cagayan dijadikan pusat talapia Filipina. Penternakan ikan di Filipina adalah sangat menggalakkan,ini adalah kerana ikan ini digunakan dengan banyak cara, goreng, panggang, sinigang(masakan Filipina) dan banyak lagi resipi untuk ikan ini. Malah terdapat anugerah penternak ikan talapia yang berjaya. Di Filipina ikan talapia disebut “pla-pla”.

Di negara jiran kita, Indonesia, ikan ini dikenali sebagai “ikan nila”. Diperkenalkan pada tahun 1969 dari Taiwan. Ada juga yang datang dari Thailand (Nila Citralada), Filipina (Nila GIFT) dan Jepun (Nila JICA). Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi Indonesia turut menghasilkan spesies baru “genetically supermale Indonesian tilapia” (GESIT). GESIT akan mengeluarkan benih 98% - 100% ikan talapia jantan. Kelebihan ikan ini adalah monoseks iaitu boleh menghasilkan benih ikan tanpa perlu persenyawaan.



Di Amerika Syarikat, pengeluaran ikan talapia adalah sebanyak 1.5 juta tan pada tahun 2005. Penduduk dengan pendapatan rendah merupakan pembeli utama ikan talapia untuk mendapatkan makanan yang memenuhi keperluan diet mereka. Kebanyakan ikan talapia yang diternak di negara ini adalah dari spesies ikan talapia biru (Oreochromis aureus)

Di Arab Saudi, nama ikan talapia ialah “bolty”. Di Kenya dikenali dengan nama “ngege”.

PEMILIHAN BENIH BAKA YANG BAIK

Terdapat beberapa kaedah untuk memilih baka ikan talapia merah yang baik. Ciri-ciri fizikal ikan talapia yang baik dapat dilihat dari beberapa aspek :
1. bentuk badan ikan
- bentuk badan ikan talapia yang baik adalah kebulat-bulatan, badan yang tidak memanjang. ini kerana baka yang berbadan bulat menunjukkan ikan ini mempunyai kelebihan dari gabungan baka beberapa spesies talapia seperti talapia biru (oreochromis aureus) - bentuk bulat, talapia hitam (oreochromis mossambicus) - daging yang padat,berat, dan talapia nil (oreochromis niloticus). Badan ikan betina juga adalah lebih bulat, berbanding jantan yang panjang
2. warna badan
- Warna badan berwarna putih kemerah-merahan dan sedikit hitam. Warna ikan menunjukkan tahap kesihatan ikan. Ikan yang sihat menunjukkan warna yang lebih terang. Walaupun ikan tersebut menunjukkan warna putih keseluruhan, warna putih tersebut menyinar sekiranya ikan talapia tersebut sihat.
3. warna insang
- Warna insang bagi baka ikan yang baik adalah putih dan lebam kehitaman dari belah luar. Jika dilihat dari belah dalam, lebam kehitaman yang dilihat di luar insang kerana warna insang yang belah dalam adalah sangat pekat, merah kehitaman. Warna insang yang pekat ini menunjukkan kadar penyimpanan oksigen dalam insang yang tinggi. Jadi ikan lebih daya tahan untuk berada di dalam air yang mempunyai kadar yang oksigen rendah.



4. warna ekor
- Warna merah pada ekor ikan, menunjukkan ikan yang mempunyai kadar pembiakan yang menggalakkan dan banyak. Mengikut perbandingan ikan talapia yang berekor merah adalah dua kali ganda dari ikan talapia yang mempunyai ekor keputihan.



Ikan talapia merah yang baik juga menunjukkan sifat yang agresif dan aktif. Jika anda mempunyai masa untuk melihat cara ikan-ikan talapia berenang, anda akan dapati ikan talapia yang baik akan bergerak secara berkumpulan dan aktif bergerak ke sekeliling kolam.