Awas iPhone Tiruan Di Pasaran

Buat semua pembaca yang sudahpun berkira-kira nak pecah tabung untuk membeli iphone idaman hati tu, kenelah lebih berhati-hati kerana iPhone tiruan ini sukar untuk dibezakan..


Gambar kanan Adalah iPhone tiruan


SHANGHAI: Polis China telah menahan lima orang kerana membuat dan menjual telefon bimbit iPhone tiruan.

Menurut polis, mereka yang ditahan adalah sebahagian daripada kumpulan terancang yang membeli komponen telefon bimbit di Guangdong di selatan China dan memasangnya di sebuah apartment sewa di Shanghai.

Kira-kira 200 telefon bimbit itu dirampas dalam sebuah serbuan. Kos untuk membuat sebuah telefon bimbit iPhone yang menggunakan sebahagian komponen asli adalah kira-kira 4,000 yuan (RM 1,200).

Harganya di pasaran gelap dan internet, kurang beberapa ratus yuan berbanding iPhone asli keluaran Apple Inc.


Menurut polis, iPhone tiruan itu mempunyai fungsi yang serupa dengan yang asli tetapi jangka hayat baterinya lebih pendek.


Seorang anggota polis berkata, “Susah untuk pengguna biasa membezakan yang tiruan dengan yang asli.”

Tiada pegawai Apple yang dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

China sering dikritik kerana membiarkan harta hak intelek dilanggar dengan meluas dan barang-barang jenama mahal seperti jam tangan, beg dan perisian komputer yang dicetak rompak, boleh didapati dengan mudah di kedai.

Pelbagai versi iPhone juga mudah didapati.

Telefon bimbit versi ‘hiPhone 5’ yang ditiru melalui gambar yang telah disebarkan, juga sudah dijual. -Reuters