Bakar Mayat Diloji Kumbahan

Penduduk di kawasan Lembah Jaya di sini gempar apabila menemui mayat seorang remaja perempuan yang rentung hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan sebuah flat di Ampang Jaya.



Mayat yang pada mulanya disangka anak patung itu ditemui pada pukul 1.35 petang oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut. siasatan awal pihak polis, percaya mayat tersebut telah dibakar di tempat lain sebelum dibuang di situ.

Setakat ini, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui. Pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci pada cebisan baju yang ditemui serta di kawasan sekitar tempat kejadian.

polis akan menyemak semula laporan berkaitan orang hilang dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.