Barah Payudara Menyiksakan

Penyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat.


Wanita malang yang mengidap barah payudara ini berasal dari Tebingtinggi indonesia.


Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut.

Ada diantara puncanya adalah disebabkan pesakit lebih suka mendapatkan rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapatkan rawatan klinikal apabila sudah parah. Ini berbeza dengan negara maju di mana statistik di negara maju menunjukkan 80 hingga 85 peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan biasa setelah menjalani rawatan awal, berbanding hanya 58 peratus di Malaysia.

Barah payudara merupakan kanser yang paling tua di dunia yang diketahui oleh manusia sebagai kanser ketumbuhan dalam manusia. Penghuraian tentang kanser telah pun diketahui oleh orang Mesir purba sejak berkurun lamanya (walaupun istilah kanser/barah tidak digunakan ketika itu) iaitu lebih kurang 1600 BC.

Risiko mendapat penyakit barah meningkat dengan usia. Bagi wanita yang hidup sehingga usia 90 tahun kemungkinan mendapat barah payudara sepanjang usiannya sekitar 12.5% atau 1 dari 8 orang. Lelaki turut diserang barah payudara, walaupun risiko mereka adalah kurang daripada 1 dari 1000 (lihat seks dan penyakit). Risiko ini berganng kepada faktor yang berlainan. Dalam sesetengah keluarga, terdapat risiko keturunan barah payudara. Sesetengah kaum lebih berisiko tinggi mendapat penyakit barah payudara - terutamanya, wanita keturunan Eropah dan Afrika lebih cenderung berbanding wanita Asia.




Tahap barah bergantung kepada faktor yang merangkum saiz tumour, samaada terdapat pembabitan nod lymph atau tidak dan samaada terdapat penyebaran sel barah jarak jauh. Tahap merupakan gabungan TNM. Tahap I adalah tumor kecil (T1) tanpa penyebaran, sementara tahap IV adalah penyakit metastatic. Tahap berkait dengan prognosis jangka panjang, dan keputusan rawatan seringkali bergantung kepada asas tahap barah.

Rawatan utama barah payudara merupakan pembedahan, dengan kemungkinan diikuti oleh kimoterapi dan/atau radioterapi.

Bergantung kepada tahap dan jenis tumour, hanya lumpektomi (hanya pembuangan ketulan) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan. Pembedahan membuang keseluruhan payudara dikenali sebagai mastektomi.