Bila Ikan Dalam Ketakutan

Beratus-ratus ikan kap perak melompat-lompat di atas permukaan air seperti berpesta di Sungai Illinois, Amerika Syarikat (AS).



Fenomena itu berlaku kerana terdapat getaran yang terhasil daripada motor elektrik bot pemancing.

Ikan itu menganggap getaran itu sebagai kehadiran pemangsa dan akan bertindak balas dengan melompat sehingga setinggi tiga meter.

Pemandangan menakjubkan itu dirakamkan oleh seorang pengarah dokumentari, John Downer di Sungai Illinois yang merupakan cawangan Sungai Mississippi di AS.

Downer berkata, tindakan ikan itu yang boleh mencapai berat sehingga 18 kilogram mampu menyebabkan bot terbalik dan mengakibatkan kecederaan kepada manusia.

“Krew-krew penggambaran saya terpaksa pulang untuk mencari peralatan perlindungan.

“Bagaimanapun, bagi pemancing, ia umpama syurga kerana mereka tidak perlu memancing dan ikan itu pastinya akan melompat ke dalam bot,” ujarnya.